Sunday, July 15, 2018

TIPS MEMBENTUK AKAL ANAK-ANAK MENGIKUT CARA NABI



==========
#1 Memperdengarkan kisah-kisah para nabi, sahabat dan orang-orang soleh.
==========
.
Kebiasaan kanak-kanak suka apabila ibubapa mendengarkan kisah-kisah menarik untuk mereka. Ibubapa perlu memilih kisah-kisah yang positif dalam membentuk jiwa anak-anak.
.
Pada zaman Nabi, orang ramai suka berkumpul di sekeliling nabi untuk mendengar wahyu & hadis. Adakalanya, wahyu & hadis itu disampaikan dalam bentuk penceritaan orang terdahulu. Bukan hanya orang dewasa berkumpul bahkan anak-anak suka & berminat dengan apa yang nabi ingin sampaikan.
.
Ulama berkata : “ Kisah-kisah para ulama dan orang-orang soleh adalah sarana terbaik untuk menanamkan keutamaan dalam jiwa. Dapat mendorong diri untuk kuat memikul beban perjuangan meraih tujuan mulia. Kisah-kisah tersebut dapat menuntun kita untuk meneladani para pahlawan yang berkomitmen tinggi dan rela berkorban agar sampai pada tingkatan tertinggi dan darjat termulia” .
.
Imam Abu Hanafiah mengatakan , “Kisah-kisah tentang para ulama dan keutamaan mereka lebih aku sukai dari kebanyakan permasalahn fikih. Sebab kisah-kisah tersebut adalah buah dari perilaku manusia.
==========
#2 Bersembang dengan anak secara direct-to-the point tanpa berkias
==========
.
Tahap keupayaan pemikiran manusia ketika masih kanak-kanak adalah pada tahap yang masih dan masih dalam proses berkembang. Kanak-kanak tidak faham kiasan dan ungkapan yang bercabang. Nak bersembang dengan kanak-kanak perlu langsung kepada inti persoalan.
.
Dalam satu hadis, ketika mana Nabi nak sampaikan ilmu kepada Abdullah ibn Abbas yang masih kecil, nabi menggunakan cara penyampaian yang ringkas dan padat. Tidak panjang lebar dan tidak membosankan. Mudah ditangkap dan difahami oleh seorang kanak-kanak.
.
==========
#3 Saling bersoal jawab dengan anak-anak
==========
.
Rasa ingin tahu adalah salah satu sifat bagi kanak-kanak. Dengan pengetahuan yang terhad, mereka akan sentiasa bertanya tentang  apa yang mereka lihat, hidu & rasa.
.
Kaedah bersoal jawab dapat merangsang perkembangan akal anak dan menambahkan semangatnya untuk belajar benda baru dan mempelajari kewujudan mahkluk ciptaan Tuhan .
.
Rasulullah sentiasa berbual bersama kanak-kanak dengan bertanya tentang penciptaan alam. Nabi bersama Ibnu Abbas berbual di luar rumah selepas solat malam, merenung penciptaan bintang-bintang.
.
Ketika Saidina Umar menjadi khalifah, datang seorang bapa mengadu tentang anaknya yang derhaka. Beliau berjumpa anak tersebut bertanya tentang apa yang diceritakan oleh bapanya. Rupanya, anak itu jadi demikian kerana bapanya tidak menunaikan hak anak tersebut untuk mendapat pendidikan yang baik.
.
==========
#4 Melatih anak-anak membuat aktiviti harian
==========
.
Mengajar dan melatih anak dengan kemahiran harian memberi banyak pengetahuan kepada mereka. Kita boleh melatih melakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, membersihkan tandas, membasuh baju, mengemas katil & lain-lain.
.
Beri mereka peluang buat kerja harian yang kita lakukan. Apabila mereka selalu melakukan aktiviti tersebut, lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang baik untuk mereka sehingga mereka dewasa.
.
Satu ketika Rasululllah melihat seorang anak menyiang kulit seekor kambing. Namun, anak itu tidak dapat melakukan dengan baik. Maka Rasulullah menyingsingkan lengan bajunya lalu menunjukkan cara yang betul. Anak itu memerhati dengan fokus akan cara yang Rasulullah tunjukkan.
.

No comments:

Post a Comment