Sunday, July 15, 2018

TIPS MEMBENTUK AKAL ANAK-ANAK MENGIKUT CARA NABI



==========
#1 Memperdengarkan kisah-kisah para nabi, sahabat dan orang-orang soleh.
==========
.
Kebiasaan kanak-kanak suka apabila ibubapa mendengarkan kisah-kisah menarik untuk mereka. Ibubapa perlu memilih kisah-kisah yang positif dalam membentuk jiwa anak-anak.
.
Pada zaman Nabi, orang ramai suka berkumpul di sekeliling nabi untuk mendengar wahyu & hadis. Adakalanya, wahyu & hadis itu disampaikan dalam bentuk penceritaan orang terdahulu. Bukan hanya orang dewasa berkumpul bahkan anak-anak suka & berminat dengan apa yang nabi ingin sampaikan.
.
Ulama berkata : “ Kisah-kisah para ulama dan orang-orang soleh adalah sarana terbaik untuk menanamkan keutamaan dalam jiwa. Dapat mendorong diri untuk kuat memikul beban perjuangan meraih tujuan mulia. Kisah-kisah tersebut dapat menuntun kita untuk meneladani para pahlawan yang berkomitmen tinggi dan rela berkorban agar sampai pada tingkatan tertinggi dan darjat termulia” .
.
Imam Abu Hanafiah mengatakan , “Kisah-kisah tentang para ulama dan keutamaan mereka lebih aku sukai dari kebanyakan permasalahn fikih. Sebab kisah-kisah tersebut adalah buah dari perilaku manusia.
==========
#2 Bersembang dengan anak secara direct-to-the point tanpa berkias
==========
.
Tahap keupayaan pemikiran manusia ketika masih kanak-kanak adalah pada tahap yang masih dan masih dalam proses berkembang. Kanak-kanak tidak faham kiasan dan ungkapan yang bercabang. Nak bersembang dengan kanak-kanak perlu langsung kepada inti persoalan.
.
Dalam satu hadis, ketika mana Nabi nak sampaikan ilmu kepada Abdullah ibn Abbas yang masih kecil, nabi menggunakan cara penyampaian yang ringkas dan padat. Tidak panjang lebar dan tidak membosankan. Mudah ditangkap dan difahami oleh seorang kanak-kanak.
.
==========
#3 Saling bersoal jawab dengan anak-anak
==========
.
Rasa ingin tahu adalah salah satu sifat bagi kanak-kanak. Dengan pengetahuan yang terhad, mereka akan sentiasa bertanya tentang  apa yang mereka lihat, hidu & rasa.
.
Kaedah bersoal jawab dapat merangsang perkembangan akal anak dan menambahkan semangatnya untuk belajar benda baru dan mempelajari kewujudan mahkluk ciptaan Tuhan .
.
Rasulullah sentiasa berbual bersama kanak-kanak dengan bertanya tentang penciptaan alam. Nabi bersama Ibnu Abbas berbual di luar rumah selepas solat malam, merenung penciptaan bintang-bintang.
.
Ketika Saidina Umar menjadi khalifah, datang seorang bapa mengadu tentang anaknya yang derhaka. Beliau berjumpa anak tersebut bertanya tentang apa yang diceritakan oleh bapanya. Rupanya, anak itu jadi demikian kerana bapanya tidak menunaikan hak anak tersebut untuk mendapat pendidikan yang baik.
.
==========
#4 Melatih anak-anak membuat aktiviti harian
==========
.
Mengajar dan melatih anak dengan kemahiran harian memberi banyak pengetahuan kepada mereka. Kita boleh melatih melakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, membersihkan tandas, membasuh baju, mengemas katil & lain-lain.
.
Beri mereka peluang buat kerja harian yang kita lakukan. Apabila mereka selalu melakukan aktiviti tersebut, lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang baik untuk mereka sehingga mereka dewasa.
.
Satu ketika Rasululllah melihat seorang anak menyiang kulit seekor kambing. Namun, anak itu tidak dapat melakukan dengan baik. Maka Rasulullah menyingsingkan lengan bajunya lalu menunjukkan cara yang betul. Anak itu memerhati dengan fokus akan cara yang Rasulullah tunjukkan.
.

Wednesday, July 11, 2018

Nak jadi mak ayah yang hebat untuk anak sekaligus buatkan anak mudah dengar cakap tak?

🔸 Pastikan anak kita boleh rasa 5D ini ketika bersama kita 🔸

1D 👉 Difahami
2D 👉 Didengari
3D 👉 Dihargai
4D 👉 Dikenal
5D 👉 Diterima

Bila anak rasa semua ni, anak akan jadi susah nak memberontak dan mudah taat

Jom belajar anak lebih dalam lagi dalam Telegram Nota Parenting. Klik je link ni untuk join t.me/NotaTaufiqRazif

20 Tip Hidup Tenang


1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.

5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bersukan.

(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)

📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

Lima Tahap Mengajar Anak Solat

Tahap 1 : Anak-anak melihat ibubapanya mendirikan solat.

Tahap 2 : Anak-anak berusaha meniru perbuatan orang yang sedang solat.

Tahap 3 : Ketika berusia tujuh tahun, ibubapa menyuruh anak-anaknya mendirikan solat.

Tahap 4 : Ketika berusia 10 tahun, ibubapa memberikan ‘hukuman’ sekiranya anak-anak meninggalkan solat. Namun, hukuman itu tidak boleh menyakitkan anak-anak.

Tahap 5 : Ibubapa memberikan penjelasan kepada anak-anak berkenaan solat supaya apabila anak akil baligh, mereka sedar pada kewajipan mereka.

Kredit : Buku Creative Parenting, Andi Yudha Asfandiyar. 

Anak Tak Boleh Berenggang?


:b Kebanyakannya disebabkan oleh Separation Anxiety :baby:

Ianya normal untuk perkembangan sihat anak kita tapi kita perlu lah ada ilmu supaya ianya tak menjadi keterlaluan

+ Sekali sekala takpe je biarkan anak menangis

+ Kita kena latih anak dan fahamkan anak kita tak selamanya boleh berada disisi dia

+ Pastikan keperluan fisiologi anak dipenuhi dulu seperti cukup makan, minum dan tidurnya

+ Buatkan anak rasa selamat dengan pengasuh dan juga dengan sekelilingnya

+ Kita kena jaga emosi diri kerana Separation Anxiety ni juga boleh kena pada diri kita ketika berpisah dengan anak

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang anak kita. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif